Wednesday, September 22, 2010

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya

Sunday, April 11, 2010

hari ini 12 april 2010 di kamar 040...kemahuanku adalah utk menyambung kembali laman blog ak nie..yg sebelum ini dicoret dan dicerita oleh beberapa teman ak...pada awalnya tujuan penulisan blog ini adalah tugasan wajib yg perlu di hantar kepada penyarah ak..bukan niat ak pun untuk menciptakannya...hehe

temanku ain, mika & na rumate ku...
beribu terima kasih yg tak terhingga ak ucapkan pada korang yg telah mencoretkan dkt blog ini..

kepada (sahabatku norsalwaaini) terima kasih byk2...
sal ak tak tahu nk ckp ape kt hg...y penting sekali ak beryukur kerna di kurniakan kawan seperti hg...walaupun kte selalu gaduh tp ak tahu sinar cahaya di mata mu adalah iklas berkawan dgn ak...ak pun ikhlas berkawan ngn mu..mu nk tahu ak syg kt mu..bkn les eh..haha..sal ak xnk putus kawan cam dlu dgn mu..ak sedey...bukan nk ungkit kisah silam tp untk pgajaran tuk diri ku jue..

sal di hari pemergian abah ak...ko sorang je yg setia berada disisi ak...kalo ak ajak kwn yg lain mlm tu mgkin diorang akn menolak..btolla disaat kte minta pertolongan kalo org tolong..btol2 kte akn menghargainye..kalo boley tolong la..tolongla semampunye..lps tu mungkin pertolongan tu tak bermakna lgi..ak terharu sgt..ak sebenarnye tak kuat pd mlm tu...tp disebabkan ade mu ak kuat sal..

sal anak mane yg x sedey pemergian ayahanda nye..lebih2 lgi saat ak amat memerlukan dia lgi disisi ku...ak sepenuhnya belum lagi dapat membalas jase nye...


tp ak redho..ketentuannya adalah terbaik ukt kmi sekeluarga walaupun ianya pahit ditempuhi...insyaalah dia tetap dihati ku selamanya...

hari ak present yg mu hntar msj kt ak ak btol2 terasa bersemangat tak tahu la ilmu ape yg mu pakai kan..hehe..tau tak ak cam da putus asa time tue dgn slide tak ciap edit lagi, mlm tdi nye laptop bt hal..aduuh dugaan betolla...

skunk ni ak dalam proses pemulihan diri agar lebih tabah meniti hri yg mendatang...
ak perlu fokus pada study dan ciapkan writing thesis..

lps pertengahan bln mei..tamat suda diriku digelar seorg pelajar...
tak tahu ape yg bakal ak tempuhi kelak...
ku harap ak lagi tabah dgn hari bakal mendatang ini...

Friday, April 9, 2010

Y.O.K.U.K

Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) atau dalam bahasa inggerisnya, Kelantan Foundation For The Disabled.
pengalaman bersama-sama ahli YOKUK bersukan sememangnya suatu pengalaman baru. untuk pertama kali kami di beri tanggungjawab untuk merancang dan mengadakan aktiviti bersama dengan orang2 kurang upaya di YOKUK.

pada pendapat aku, mereka sama saje dengan kita yang dianggap sempurna ini. kecacatan luaran yang zahir pada penglihatan mata, tapi dari segi hati dan perasaan, kita semua sama.mereka ingin di sayangi, di layan dengan baik, dan diberi perhatian. mereka ingin diterima, dan tanggung jawab kita yang untuk memberi kasih sayang dan menunjukkan dengan baik bahawa mereka sememangnya diterima dan disayangi masyarakat.

aktiviti bersama warga YOKUK dibuat secara berkumpulan. dan kumpulan aku sempat membuat aktiviti sebanyak 3 kali.
bersama kawan sekumpulan, kami merancang pelbagai aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama-sama warga YOKUK.

mula-mula kenal, memang macam-macam ragam yang dapat diperhatikan. maklumlah, manusiakan lain-lain.minat pun lain-lain.perangai apetah lagi.ada yang suka menari, menyanyi,buat hal sendiri dan macam-macam lagi.

secara general, mereka meminati aktiviti yang melibatkan aktiviti persaingan sesama sendiri.macam bowling dan muzical chair.bila menang, terpancar kegembiraan di wajah masing-masing.

selain mengadakan aktiviti-aktiviti sukan yang mudah, kami cuba mendedahkan mereka dengan sukan softball. kami menyediakan peralatan yang selamat, iaitu kayu softball buatan surat khabar,dan bola softball yang juga dibuat dari surat khabar.
semuanya excited untuk belajar sesuatu yang baru. walaupun ada segelintir yang tidak dapat melakukan dengan baik, itu tak melunturkan semangat kami. apa yang penting, mereka gembira dan kami juga berasa puas hati kerana dapat menyumbangkan sesuatu untuk mereka.

aktiviti ke 3, kami mengadakan tele match yang mengkombinasikan 6 acara dalam satu aktiviti.pada pemerhatian aku, aku lihat kebanyakan mereka agak lemah bermain tali skipping. tapi yang bestnye, walaupun tak reti, mereka tetap berusaha dan terus mencuba.itu dah cukup membuatkan hati kami sebagai fasilitator berasa gembira dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelatih-pelatih YOKUK.

secara amnya, di YOKUK, pelatih-pelatih ini di beri pendidikan skill seperti menjahit dan sebagainya dengan harapan, mereka dapat menggunakan skill yang ada untuk meneruskan hidup dengan lebih berkualiti dan berguna kepada masyarakat.

sukan zaman kanak-kanak~

teringat zaman kanak-kanak dulu. zaman paling manis dalam hidup. zaman stress berada di tahap paling rendah dan hampir tiada. semuanya tak mustahil untuk dilakukan. hidup dalam emosi yang stabil. segala yang berlaku di ambil secara positif. aku bertuah, dibesarkan dalam suasana yang aman, ada keluarga yang baik, cukup makan dan pakai. apa lagi yang aku nak rungutkan,, semuanya cukup. Alhamdulillah, dapat belajar hingga ke universiti jua akhirnya.

mari mengimbau kenangan..cewahh~

antara permainan kanak-kanak favourite aku mase kecik-kecik dulu,,, hmmm.. ape ye?

bola bayang. ada dua kumpulan, dan kita main baling2 bola antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.fuh, memang keluar peluh la kalau main.ala- ala main bola beracun la jugak.

bola beracun. sama macam permainan ket atas ni, coma bola beracun, kita main dalam bulatan.

tuju kasut. team yang bermain akan baling bola ke arah satu susunan kasut, dan kalau kena, team yang satu lagi akan pass bola antara ahli kumpulannya untuk di tuju pada ahli kumpulan lawan. kalau kena di kira mati.

roundes. kat kelantan kitorang panggil bola katok. sebab bola tu kene ketuk dengan kayu.hehe~ ketuk dalam bahasa kelantan disebut 'katok'. bukan katak ye kawan2,, sebut betul-betul,, K A T o K..
main ni same je macam main roundes. kami bukan pro mase tu. main pun ala kadar je. kalo tak silap base tu ade 5. setiap posts, kami tanda dengan selipar atau lukis dengan kapur je. yang penting, ada sorang yang akan baling bola, dan pemukul bola akan lari habiskan pusingan hingga ke home base dalam masa team lawan sibuk mencari bola.



chess. chess ni termasuk dalam game indoor. istilah aku, permainan untuk senaman otak. kalau rasa nak relax ke berfikir secara licik dan membina minda kreatif, permainan indoor macam ni bagus la. dam ke, sahiba ke.permainan menjana minda.



badminton. masa kecil dulu, kami adik beradik selalu main badminton sama-sama. walaupun raket tak mahal,shuttle pun yang asal boleh terbang je, tapi masa yang diluangkan amat berkualiti. kalau dulu aku main ikut cincai aje, bak kata orang cina,, sekarang aku dah tahu teknik yang betul. badminton salah satu sukan yang baik.elok untuk koordinasi, sistem kardiovaskular dan melibatkan penglibatan hampir kesemua otot.

berenang. kawan aku terkejut bile aku cakap yang aku pandai berenang. ye, saye kan budak kampung. mandi-mandi sungai ni dah jadi kebiasaan. bukan perkara luar biasa pun kalau pandai berenang tu. berenang juga bagus untuk keshatan. antara senaman yang paling bagus. nak aplikasikan je yang susah sikit bile dah besar-besar ni. nak mandi sungai, segan.nak pergi swimming pool, masa pulak yang tak megizinkan ditambah pula susah nak cari swimming pool yang privasi.



ok lah setakat ni lah dulu pasal sukan masa kanak-kanak dulu. lain kali ade mase aku sambung lagi~ =)

patah tumbuh hilang berganti


perginya seorang insan yang banyak berjasa dalam hidup ini semalam begitu mengejutkan.abah telah menderita sejak lebih setahun empat bulan yang lalu akibat sakit buah pinggang dan strok dan penyakit accessories yang lain. keadaannya makin teruk apabila diserang strok kali ke 2 awal tahun 2010 ini. dan semalam, dia pergi di jemput Ilahi.

tapi bagi aku, kepatahan ini tidak lagi dapat bertumbuh, juga tiada golok gantinya lagi. ibu dan bapa, mereka hanya ada satu tiada duanya.apa yang mampu dilakukan sekarang, hanya kiriman-kiriman doa yang dapat aku poskan kepadanya dari sini.semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sisi-Nya. Ameen.

Alhamdulillah, perginya abah tanpa meninggalkan ralat di hati. cuma sedih dan sayu itu tentulah masih bersisa. dan rasa kehilangan itu mungkin selamanya akan ada biar bertahun lama, biar diri ditelan usia, abah tetap terpahat di hati.

ALhamdulillah juga, aku berada dalam jurusan sains senaman dan sukan. walaupun pada awalnya aku ingin sambung belajar di USM penang, namun sejak abah sakit aku mula sedar betapa Allah maha bijak dalam perancangan-Nya. Andai aku berada nun jauh di Pulau Mutiara, pasti aku tidak punya masa yang banyak untuk menjaga abah. aku takkan bisa berulang dari kampus ke hospital hampir setiap hari untuk menjaga abah di saat tenatnya abah. meringan kan beban umi apatah lagi. umi juga tak begitu kuat untuk menguruskan abah seorang diri. adik yang bongsu juga sibuk dengan program2 SPM nya, abang perlu mencari duit menampung keluarga, dan dua lagi saudara lain, tinggal jauh diperantauan mencari ilmu dan rezeki yang halal.walaupun jadual sem ini agak padat, aku bersyukur, ada saja kemudahan untuk aku membantu abah.

menjaga abah dalam tempoh ini rasanya seperti mengaplikasikan segala konsep yang selama hampir 4 tahun aku pelajari dalam bidang ini.sains senaman dan sukan, bukan hanya mengenai sukan dan permainan. tapi lebih kepada pengaplikasian kesihatan dalam sukan dan senaman dan bidang- bidang yang bersangkut paut dengannya. jangan terkejut, kami juga belajar cara mengurut tau!haha~

paling menggembirakan, apabila aku belajar tentang penyakit strok.

untuk pengetahuan, strok berlaku apabila ada bahagian otak tidak menerima bekalan darah terlalu lama. ini yang menyebabkan kematian sel otak. Sel otak pada bahagian berkenaan akan mati akibat ketiadaan oksigen dan nutrien.Strok bukan penyakit baru dan hampir semua orang tahu mengenai bahaya penyakit ini. Yang membimbangkan ialah tahap kesedaran masyarakat kita sendiri dalam penjagaan kesihatan masih kurang memuaskan.

Mungkin ramai masih tidak sedar mereka sebenarnya tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat strok(abah juga mungkin termasuk) maka langkah2 pencegahan kurang atau langsung tidak diambil perhatian. Individu yang ada masalah tekanan darah tinggi, terlalu gemuk (obes), paras kolesterol tinggi, kencing manis, kurang bersenam, merokok dan mempunyai sejarah keluarga diserang strok juga termasuk dalam kumpulan ini.

menurut Kajian Kementerian Kesihatan , tiga juta orang mengalami masalah paras kolesterol tinggi, 2.1 juta menghidap kencing manis dan 25 peratus rakyat Malaysia termasuk dalam kategori terlalu gemuk (obes).

memandangkan abah di serang strok separuh badan, bahagian kanan badan abah kaku tak dapat bergerak. melihat keadaan abah saja aku tahu abah diserang strok di bahagian otak kiri yang menyebabkan sistem pertuturannya terganggu, saluran pemakanan juga tak dapat berfungsi dengan baik. abah hanya mengambil susu diabetic setiap 4 jam melalui feeding tube yang dimasukkan melalui nasal terus perut. oh lupe, abah pun ada menghidap kencing manis.

eh, dah jauh bercerita ni..
apepun, di tahap ini,aku perlu kuat semangat. belajar bersungguh-sungguh, mencapai cita-cita dan berjasa kepada keluarga; menjaga kesihatan dengan baik dan Insya Allah cuba mendidik diri- sendiri dan masyarakat untuk mengamalkan gaya kehidupan yang sihat.

pesanan untuk semua,ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. salah satunya, sihat sebelum sakit.salah satu cara menjaga kesihatan ialan bersenam seca konsisten dan berkualiti.

ingat lagi lagu kempen bersenam KKM? 'tiga puluh minit setiap sesi, dalam seminggu, hanya tiga kali~'

ok,, jumpa lagi. ;)

Thursday, April 8, 2010

you are what you eat.. bak kata orang putih.. =p



Diet cara makrobiotiks

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto HAFIZ KHOSMAT



JUNE Ka Lim bersama buku nukilannya.

--------------------------------------------------------------------------------



ANDA adalah apa yang anda makan" - satu ungkapan yang sangat popular. Ramai mengakui kebenaran ungkapan ini, tetapi tidak pula mempraktikkannya.

Makanan berlemak, masin, manis dan berperisa menjadi pilihan. Jika tiada semua itu, hidangan seakan tidak sempurna. Itu belum dikira jumlah yang diambil. Tidak hairan ramai kini mendapat penyakit berpunca daripada makanan.

Sedar betapa pemakanan dan kesihatan tubuh sangat berkait rapat, June Ka Lim mengakui dia agak cerewet tatkala menentukan setiap jenis makanan yang patut diambilnya.

Justeru, wanita ini mengamalkan konsep makrobiotiks sejak 20 tahun lalu.

Menurutnya, istilah makrobiotiks berasal dari Greek iaitu makro yang bermaksud besar atau panjang dan bios bermakna kehidupan. Maka makrobiotiks bermakna diet untuk hidup lebih lama.

Ia merupakan diet warisan nenek moyang masyarakat Jepun dan China berusia lebih 5000 tahun. Konsep ini diperkenalkan kembali oleh George Oshawa pada 1913 yang kemudian tersebar hingga ke Eropah. Kemudian konsep ini dibawa oleh anak muridnya, Michio Kushi yang berpindah ke Amerika Syarikat.

Memudahkan pertukaran kepada konsep ini, Ka Lim merupakan pengamal vegan sejak kecil. Bukan setakat tidak menjamah daging, mereka yang mengamalkan pemakanan ini juga tidak mengambil hasil seperti telur dan produk tenusu (susu, minyak sapi, mentega dan sebagainya).

"Saya percaya kesihatan optimum diperoleh melalui pemakanan yang berkhasiat juga bebas daripada sebarang unsur tidak baik," kata pemilik restoran Woods Macrobiotics ini.

Empat elemen makrobiotiks

1. Manusia dan alam semula jadi saling berkait rapat.

Makrobiotiks menekankan gabungan minda, jasad dan rohani pengamalnya bersatu secara harmoni dengan alam semula jadi. Pengamal konsep ini menikmati hidangan secara semula jadi dan penuh (tanpa proses kimia) seperti beras bijirin penuh, sayur, kekacang, biji-bijian, dan perasa semula jadi. Visi utama adalah hidup secara harmoni dan mengelakkan makanan berproses secara kimia.

Makanan organik bukan sekadar menikmati sayur organik. Ia merujuk kepada penanaman secara organik yang tidak menggunakan racun dan baja kimia, serta hormon penggalak atau tumbesaran tumbuhan. Penghasilan makanan organik juga tidak mencemarkan alam sekitar dan air.

"Saya percaya, alam sekitar yang sihat memberi kesan yang baik kepada kita semua," kata Ka Lim.

2. Makanan asli adalah ubat kepada segala penyakit.

- Merujuk laporan pakar pemakanan, makanan organik ditanam, dituai dan diproses secara semula jadi, maka ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Ini dapat membantu kita menjauhkan diri daripada kebanyakan penyakit.

3. Makan makanan dalam bentuk penuh.

- Ia bermaksud makanan tidak berproses dan ini adalah asas untuk diet menyihatkan. Contohnya ketika menyediakan lobak putih, jangan kupas kulit. Hanya basuh dengan bersih dan masak bersama bahagian atas (batang dan daun) untuk menyerap tenaga keseluruhan sayur tersebut.

Beras putih tidak mempunyai lapisan luar yang mengandungi vitamin B kompleks dan fiber seperti beras perang. Kandungan nutrien yang terdapat pada beras perang (yang tidak digilap) lebih berkhasiat berbanding beras putih. Kajian menunjukkan proses menggilap bijian gandum menyebabkan lebih 77 peratus vitamin B1 hilang.

4. Keseimbangan yin yang dan lima elemen api, tanah, besi, air dan kayu.

- Makrobiotiks percaya kepada pilihan makanan yang tepat untuk seseorang berdasarkan yin yang serta lima elemen seperti di atas. Yin yang merujuk kepada tenaga persamaan dan bertentangan yang melengkapi kehidupan. Yang adalah tenaga aktif yang mewakili manakala yin pula bersifat terbuka.

Woods Macrobiotics

Ka Lim mengambil keputusan membuka restoran vegan yang menyediakan makanan berasaskan organik pada 1993.

Pada mulanya ia kurang mendapat sambutan, namun lama-kelamaan semakin ramai yang sedar betapa pemakanan yang sihat sangat penting untuk kesihatan optimum.

Jelasnya, terdapat beberapa sebab orang sukar mengubah tabiat pemakanan mereka. Antaranya kerana deria rasa yang sudah sebati dengan makanan berproses dan perisa tambahan.

"Mereka juga rasa sudah selesa gaya hidup menikmati makanan segera hingga sukar untuk mengubahnya," kata wanita pencinta alam sekitar ini.

Menariknya tentang Woods, ia bukan sekadar restoran malah turut menjual produk-produk organik. Mungkin ada yang berkata, bahan organik mahal dan sukar diperolehi. Namun bagi Ka Lim, jika difikirkan dengan kos perubatan dan masalah yang bakal dihadapi kelak, tentu ramai yang sedar dan ingin bertukar kepada makanan jenis ini.

______________________________



fikir-fikir kan,
anda makan untuk hidup atau hidup untuk makan? hampir kesemua penyakit berpunca daripada penjagaan kesihatan bab pemakana yang tidak betul.mari amalkan sunnah nabi,, makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang.

ini ada sedikit bingkisan tentang cara pemakanan Rasulullah S.A.W yang baik untuk diamalkan.

'Mengikut cara Rasulullah s.a.w, baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecil Baginda, lalu menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Ini kerana kedua belah tangan kita mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Enzim yg ada di tangan kanan merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion).

Garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr. di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.'

ba wau alif sin ya ra

Sembelit penyebab buasir


Rawatan buasir yang paling baik adalah pencegahan tetapi ia boleh dirawat melalui ubat dan pembedahan seperti ligasi pita getah, hemorhoidektomi, eksisi dan igasi Arteri Buasir (HAL Doppler).

--------------------------------------------------------------------------------



MENGIKUT pendapat umum, buasir adalah topik yang jarang dibincang secara terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di dalam anatomi manusia. Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan saluran darah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan atau stres yang berlebihan.

Bagi kebanyakan dewasa, di satu tahap atau lain terpaksa menghadapi dengan pendarahan, kegatalan, lelehan lendir dan kadangkala kesakitan yang memaklumkan akan situasi buasir. Malangnya, buasir cenderung untuk menjadi lebih teruk hari demi hari. Situasi ini harus dirawat secepat mungkin selepas mendapat tahu mengenainya kerana terdapatnya perubatan dan rawatan yang berkesan. Selalunya, buasir memerlukan hanya penjagaan sendiri dan perubahan dalam cara hidup di peringkat awal tanpa memerlukan rawatan yang kompleks. Paras pesakit yang mengalami buasir yang lama dan kronik akan memerlukan rawatan pembedahan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup untuk pendarahan, kesakitan dan buasir prolaps (tergelincir keluar).

Pakar Bedah Kolorektal Pusat Perubatan Prince Court, Prof. Dr. Yunus Gul Alif Gul berkata, buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur.

"Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam.

Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir," katanya.

Menurut Dr. Yunus Gul, di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya.

Tambah Dr. Yunus Gul, pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

"Mereka yang mempunyai sebarang gejala atau pendarahan dubur lebih baik terus berjumpa doktor. Ada juga pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala awal," katanya.

Dr. Yunus Gul turut melahirkan kekecewaannya apabila kebanyakan pesakit hanya berjumpa doktor setelah buasir memasuki peringkat teruk.

Pada ketika itu, katanya, pilihan rawatan yang ada hanyalah pembedahan yang sepatutnya boleh dielakkan jika mereka merujuk pendarahan awal kepada doktor.

Punca-punca buasir

l Sembelit dan meneran berlebihan ketika membuang buasir.

l Pekerjaan yang melibatkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.

l Obesiti, kehamilan dan melahirkan anak.

Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir. Penyakit ini boleh dicegah dan simptomnya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun dengan rawatan, pesakit harus mengubah cara hidup mereka untuk mengelakkan berulangnya masalah.

Rawatan

Rawatan buasir melibatkan langkah-langkah yang boleh dilakukan sendiri berdasarkan nasihat daripada doktor anda. Rawatan yang paling baik adalah pencegahan. Diet makanan yang tinggi dengan serat dan sebahagian besar dapat mengelakkan sembelit dan meneran berlebihan. Kadangkala ubat-ubatan atau prosedur pembedahan juga diperlukan untuk tujuan rawatan.

Rawatan perubatan

Ini adalah amat berguna terutamanya bagi pesakit buasir dengan tahap pertama. Jika buasir anda hanya wujud dengan ketidakselesaan yang sedikit, doktor anda boleh mencadangkan krim dari kaunter farmasi atau salap yang selalunya mengandungi anestetik sederhana atau agen melegakan kesakitan atau steroid. Bentuk rawatan perubatan ini, dengan gabungan nasihat untuk perubahan diet dan pembukaan usus yang betul, dilengkapkan dengan mandian air panas setiap hari yang dapat melegakan simptom tersebut.

Walau bagaimanapun, salap telah dikenal pasti menyebabkan tahap sensitif kulit yang tinggi dengan penggunaan jangka panjang. Pesakit dinasihatkan untuk mengelak penggunaan bagi tempoh yang lama. Daflon adalah sejenis ubat yang diestrak daripada sejenis kulit oren khas yang selalunya digunakan dalam merawat buasir. Ubat ini bertindak melindungi dan memperkuat saluran pembuluh darah di dalam tisu buasir dan mengurangkan pengembangan saluran tersebut. Ini adalah lebih sesuai bagi pesakit buasir dengan tahap pertama atau kedua dan tidak sesuai untuk merawat buasir yang di tahap seterusnya serta buasir luaran.

Prosedur lain termasuk pembedahan

l Ligasi pita getah

n Satu atau dua pita getah yang kecil akan diikat di sekitar dasar buasir dalaman untuk menghentikan pengedarnya. Dalam masa beberapa hari, buasir itu akan tanggal sendiri tanpa rasa sakit.

l Jika prosedur lain tidak berjaya atau jika anda mempunyai buasir yang besar, doktor pakar anda akan membuang tisu berkenaan dalam satu prosedur yang dikenali sebagai hemorhoidektomi. Pembedahan ini dilakukan sama ada dengan menggunakan bius setempat digabungkan dengan sedatif (ubat penenang), anestetik spina atau bius umum.

l Pembedahan eksisi. Ia dikaitkan dengan tahap kesihatan yang lebih tinggi kerana bahagian bawah kulit dan saluran anus yang kaya dengan saraf fiber akan dieksisi ketika pembedahan.

l Ligasi Arteri Buasir (HAL Doppler) lazimnya sesuai untuk buasir berdarah termasuk buasir tahap ketuga. Sejenis alat ultrabunyi yang menggunakan gelombang bunyi untuk mengenal pasti arteri buasir yang akan diligasi. Ini mengurangkan pengaliran darah kepada buasir dan mengecutkan sebahagian besar longgokan dan perhentian pendarahan. Ia adalah prosedur sehari yang tidak sakit dan dilakukan di bawah anestetik umum atau spina, memberi hasil yang baik dan harapan yang cerah.

nyamuk nyamuk nyamuk musuh kita semua...

Denggi berdarah boleh membawa maut

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my



Nyamuk Aedes aktif melakukan gigitan pada pada waktu pagi dan senja.

--------------------------------------------------------------------------------



MINGGU ini kita dikejutkan dengan berita pemergian pelawak dan penyampai radio, Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih mesra dengan panggilan Din Beramboi. Sebelum ini, Din Beramboi dikatakan terkena penyakit bawaan bakteria air kencing tikus ketika menjalani penggambaran di Zoo Negara.

Bahkan deejay radio Era FM itu turut menghidapi penyakit denggi berdarah yang menyebabkan organ dalamnya gagal berfungsi dan menghadapi pendarahan dalaman.

Pihak hospital memaklumkan organ penting seperti buah pinggang dan hati gagal berfungsi. Darahnya juga telah menjadi masam dan dijangkiti kuman dan bertambah buruk apabila dia dijangkiti denggi berdarah.

Pada hari Jumaat yang lalu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan rapi (ICU), Hospital Selayang. Kejadian ini sedikit sebanyak menyedarkan kita tentang perlunya pengetahuan penyakit seperti denggi berdarah. Mungkin ramai antara kita yang sudah biasa mendengar tentang denggi namun ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang penyakit ini. Minggu ini kita bersama Pakar Perubatan dan Gastroenterologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari untuk mengetahui lebih lanjut tentang denggi berdarah.

Apa itu denggi?

Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.

Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.

Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis serotype virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza.

Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu empat hingga lima hari pada tahap awal penyakit.

Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.

Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:

i) Demam denggi klasikal.

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau breakbone fever.

ii) Demam denggi berdarah.

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.

Tanda-tanda atau gejala:

1. Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS).

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Rawatan:

Rawatan demam denggi klasikal:

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:

Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:

Mudah lebam

Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi

Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Sifat nyamuk Aedes

Gigitan pada waktu pagi dan senja. (5 pagi - 8 pagi dan 5 petang - 8 malam)

Bertelur dalam air mati yang jernih.

pergilah wahai toksin.... aku redha~~

Nyah toksin atasi masalah usus

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my



Peningkatan makanan berasaskan fiber boleh dilakukan dengan menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

--------------------------------------------------------------------------------



PENGUMPULAN toksin banyak dipengaruhi cara hidup yang kurang sihat seperti pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok adalah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan.

Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6 hingga 10 paun najis terlonggok di dalam usus kita. Seringkali keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil untuk melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan dari kita mempunyai masalah sembelit.

Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar dan najis terlonggok adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat. Bahan toksin ini akan diserap oleh mukus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika datang haid. Justeru itu, cara paling berkesan untuk mengatasi masalah tersebut adalah menghapuskan sembelit dan menyahkan najis yang terlonggok di dalam usus.

Ketua Pegawai Eksekutif Zazen Health Solution, Yasotha Krishna, berkata Zazen FIR Thermal System berfungsi membantu membuang toksin secara semula jadi.

Ia merupakan pilihan gaya hidup zaman moden untuk menjamin kesihatan termasuk sistem usus. "Rawatan Sinar inframerah jauh (FIR) memberi pelbagai manfaat dan kesan terapeutik kepada tubuh yang biasanya diganggu bahan toksin yang menyekat pemulihan secara semula jadi," katanya.

Malah, terapi pemanasan dalam FIR ini juga boleh mengeluarkan air daripada tubuh badan antara 80 hingga 85 peratus yang mengandungi kolesterol, toksin, ammonia dan asid urik FIR iaitu satu bentuk tenaga dari matahari telah diperluaskan penggunaannya bagi tujuan kesihatan kerana ia membantu proses pemulihan dalam sistem tubuh seseorang.

Menurut Pakar Pediatrik, Dr. Sharmila Kylasam, tubuh badan memerlukan pembuangan toksin secara semula jadi untuk memastikan badan berfungsi secara sempurna.

Dengan itu, kualiti kesihatan lebih baik dan badan lebih bertenaga.

Mengnyahtoksik untuk kekal sihat

Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.

Menurut kajian terdapat beberapa masalah yang timbul akibat pengumpulan toksin termasuk sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah, sembelit atau cirit-birit yang kerap, peredaran darah yang lemah, kemurungan dan sebagainya.

Jika badan melalui proses membuang toksin secara baik, ia mampu menjamin kesihatan keseluruhan yang lebih baik dan rasa lebih bertenaga dan cergas. Selain itu, badan mempunyai daya ketahanan, fungsi penghadaman yang lebih baik. Bahkan, seseorang akan melalui pembuangan air besar yang kerap. Sebarang pertanyaan tentang Zazen FIR boleh hubungi 03-61577746.

Rawatan sembelit

Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang masalah perubatan, campur tangan utama ialah penambahan kandungan cecair (terutamanya air) dan makanan yang berasaskan fiber.

Peningkatan makanan berasaskan fiber boleh dilakukan dengan menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, roti yang tinggi serat dan biji rami dalam pemakanan.

Amalan pengambilan ubat pelawas secara rutin tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan usus bergantung penuh kepada penggunaan pelawas.

Disimpaksi secara manual (pembuangan feses terimpak) dilakukan dengan bantuan sedasi atau anestatik am (pembiusan menyeluruh) - bagi menahan kesakitan dan melonggarkan sfinkter anal.

Dalam perubatan alternatif dan tradisional, pengairan berkolon, enema, senaman, diet dan herba digunakan dalam mengubati sembelit.

Bagi sembelit yang terjadi akibat penyakit usus besar yang menyempitkan saluran najis seperti kanser usus ataupun hernia, maka rawatannya adalah pembedahan.

haih~~ no wonder laa

Ketandusan tenaga punca letih


Jika anda telah pun memperolehi tidur yang mencukupi tetapi masih lagi bangun dan letih, barangkali anda sedang menghampiri krisis tenaga.

--------------------------------------------------------------------------------



RAMAI antara kita menganggap keletihan adalah perkara biasa dalam kesibukan hidup. Kita berkejar ke sana dan ke sini sambil menyulap antara kerja dan keluarga, dan cuba melakukan banyak perkara dalam masa yang singkat. Kita mengalami keletihan serta ketandusan tenaga. Bolehkah kita berjaya memulihkan semula diri kita daripada krisis ketandusan tenaga? Jawapannya sudah tentu ya.

Sistem paling asas dalam badan kita ialah pengeluaran tenaga. Ia juga merupakan sistem paling penting kerana membuatkan badan kita berfungsi. Apabila sistem tenaga tidak berfungsi dengan baik, ia akan menjejaskan semua aspek kehidupan kita serta membahayakan kesihatan, juga membawa penyakit dan mempercepatkan proses penuaan.

Pengeluaran tenaga dalam badan manusia merupakan proses yang rumit. Makanan akan dipecahkan menjadi komponen yang lebih kecil dalam saluran penghadaman kita. Komponen-komponen yang lebih kecil ini kemudian digunakan oleh sel-sel untuk mengeluarkan tenaga. Untuk membolehkan sel-sel menukarkan makanan menjadi tenaga ia memerlukan sejenis jisim yang menyerupai vitamin, dikenali sebagai Koenzim Q10 (CoQ10). Tanpa Koenzim Q10, badan kita tidak dapat mengeluarkan tenaga; dan tanpa tenaga sudah semestinya tidak akan wujud kehidupan.

Semasa kita muda, sel-sel kita dipenuhi oleh CoQ10 dengan itu ia dapat mengeluarkan tenaga dengan banyak dan melimpah-ruah untuk menggerakkan badan kita dengan cekap dan kuat. Tetapi apabila kita semakin tua, pengeluaran CoQ10 oleh badan menjadi semakin sedikit dan ini menyebabkan kemerosotan dalam pengeluaran tenaga.

Tanda-tanda ketandusan tenaga

Anda bangun daripada tidur berasa lebih letih daripada sebelum tidur.

Adakah anda berasa begitu susah untuk bangun daripada tidur setiap pagi? Terdapat dua sebab mengapa mereka bangun tidur dan berasa lebih letih - tak cukup tidur atau mutu tidur yang tidak baik. Ramai antara kita memerlukan enam hingga lapan jam tidur untuk bangun dengan lebih segar dan aktif. Jika anda telah pun memperolehi tidur yang mencukupi tetapi masih lagi bangun dan letih, barangkali anda sedang menghampiri krisis tenaga. Tekanan atau ketegangan merupakan satu lagi pemusnah tidur dan keadaan yang lebih sukar untuk ditangani apabila anda berada di peringkat kekurangan tenaga. Tekanan selanjutnya menyusutkan paras tenaga kita, membuatkan kita dua kali ganda lebih letih daripada sebelumnya.

Anda ketagih untuk tidur tengah hari

Adakah anda berasa lebih letih apabila hari semakin lanjut? Adakah anda mengelakkan mesyuarat yang diadakan selepas makan tengah hari kerana anda tahu anda tidak dapat mencelek mata serta menahan mengantuk? Kemelesetan tengah hari seperti ini merupakan satu tanda klasik kemerosotan tenaga.

Otak yang kabur

Adakah anda berasa lembap dan tidak dapat menumpukan fikiran ataupun mengalami kesukaran untuk memberikan tumpuan pada mana-mana waktu pada hari itu? Adakah ingatan anda mengecewakan anda pada sesuatu ketika? Kehilangan daya ingatan yang tak ketara seperti ini merupakan satu lagi tanda yang badan anda sedang mengalami keadaan tenaga yang rendah.

Anda makan berlebihan kerana tenaga anda rendah

Seperti juga orang lain, barangkali anda juga menyimpan timbunan makanan ringan yang anda simpan dalam laci atau dalam peti sejuk untuk memuaskan nafsu makan anda yang seringkali berlaku apabila anda berasa letih. Apa akan jadi selepas itu? Tenaga anda meningkat buat beberapa minit, tetapi akan merudum semula dan anda terpaksa memakan banyak lagi makanan ringan. Satu-satunya unsur yang tinggal daripada semua ini ialah tambahan berat badan.

Tindak balas badan terhadap kelaparan dan keletihan adalah hampir sama. Ramai antara kita silap tanggapan kerana menyifatkan keletihan sebagai kelaparan dan terus mencari makanan walaupun anda tidak perlu berbuat demikian; akibatnya berat badan yang tidak diingini itu akan bertambah.

Tersebut di atas adalah beberapa tanda kemerosotan tenaga yang jika diabaikan akan menyebabkan kesusutan dalam sistem tenaga anda - yang akhirnya akan menjejaskan setiap aspek kehidupan anda.

Sekiranya anda sedang mengalami mana-mana satu atau lebih tanda-tanda amaran ini, anda boleh mengambil langkah untuk meningkatkan sistem tenaga anda. Walaupun CoQ10 wujud secara semula jadi dalam beberapa jenis makanan seperti daging lembu, dan sayuran, jumlah CoQ10 dalam makanan ini adalah kecil. Adalah sukar untuk mendapat jumlah CoQ10 yang mencukupi pada satu hari dalam makanan kita. Oleh itu satu-satunya penyelesaian terhadap masalah ini ialah mengambil suplemen CoQ10.

Mengambil Suplemen Koenzim Q10 Larut air (Hydrosoluble)

Masalah paling besar yang dihadapi mengenai kebanyakan produk CoQ10 ialah tentang kecekapan penyerapannya ke dalam aliran darah. Bentuk tradisi suplemen CoQ10 tidak mudah diserap oleh badan (seperti serbuk CoQ10 yang disampaikan dalam minyak kacang soya dan dimasukkan ke dalam kapsul gel lembut, tablet yang berasaskan serbuk, pil gelatin keras yang diisikan dengan serbuk). Mengapa produk CoQ10 ini tidak boleh diserapi dengan mudah? Sebabnya ialah saiz zarah CoQ10 adalah sangat besar, tidak larut dalam air dan susah hendak melarut dalam lipid, dengan itu membuatkannya sukar untuk badan menyerapinya.

Bagaimanapun, sebuah syarikat di Amerika telah berjaya membangunkan proses Biosolv yang telah dipatenkan. Proses ini dapat mengecilkan saiz zarah daripada 25 hingga 70 mikron menjadi hanya 0.3 mikron. Malah, lebih kecil daripada seekor bakteria! Dengan itu membuatkannya "larut air" (hydrosoluble). Sebagai hukum umum, lagi kecil saiz zarah maka lagi baik pula penyerapannya. Oleh itu, dengan CoQ10 yang larut air, lebih banyak CoQ10 akan dapat diserapi ke dalam aliran darah anda untuk meningkatkan paras tenaga dalam badan anda. Oleh itu, mulakanlah mengambil CoQ10 yang larut air setiap hari untuk memulih dan membaharui tenaga anda serta ucapkan selamat tinggal kepada segala rasa keletihan!

biar putih tulang jangan putih mata

Melindungi kekuatan tulang


Dari kiri, Michelle Yeoh, Joanne Toad dan John McKay pada majlis pelancaran kajian klinikal terbaru Anlene di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------



KAJIAN pakar mendapati bermula daripada usia 30 tahun jisim tulang mula berkurangan kerana kadar penguraian tulang lebih cepat daripada kadar pembinaan tulang. Jadi, untuk mengekalkan tulang yang kuat seseorang itu disaran mengambil kombinasi nutrien tulang yang betul pada tahap disyorkan.

Menyahut cabaran itu, Anlene, susu tepung yang terkenal bagi kesihatan tulang optimum untuk golongan dewasa, baru-baru ini mengumumkan bahawa ia adalah satu-satunya susu berkalsium tinggi yang diuji secara klinikal untuk melindungi kekuatan tulang dalam tempoh empat minggu.

Penemuan kajian saintifik terbaru itu adalah hasil ujian klinikal yang dijalankan di Asia Tenggara oleh pakar-pakar tulang dengan sokongan jenama tersebut.

Pengurus Kanan Bahagian Kesihatan Fonterra Brands bagi Anlene, Joanne Toad berkata, kajian ini menunjukkan mereka yang minum susu Anlene dapat mengurangkan kadar penguraian tulang dalam tempoh empat minggu.

"Kami mendapati bahawa kadar penguraian tulang adalah lebih rendah dalam tempoh empat minggu bagi mereka yang minum susu Anlene.

"Ia penting kerana jisim tulang yang berkurangan tidak dapat dikembalikan," katanya di majlis pengumuman kajian tersebut di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Hadir sama Pengurus Besar Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd., John McKay, dan duta jenama Anlene, Datuk Michelle Yeoh.

Menurut Toad, Fonterra sebagai peneraju dalam sektor tenusu di negara ini sentiasa berusaha menghasilkan produk tenusu yang memberikan khasiat terbaik untuk semua peringkat umur.

Ia telah membelanjakan lebih daripada AS$45 juta (RM157 juta )dalam penyelidikan kesihatan tulang dan AS$14 juta (RM98 juta) hanya untuk Anlene.

"Kami sebagai pakar tenusu sentiasa menerajui inovasi dan kajian terkini melalui penyelidikan yang beterusan." katyanya

Sementara itu, Michelle yang juga pelakon antarabangsa terkenal, menggesa wanita Malaysia supaya mula menjaga kesihatan tulang seawal mungkin dengan mendapatkan lebih maklumat tentang kepentingan mengekalkan tulang yang sihat.

"Kesihatan tulang adalah satu subjek yang amat dekat di hati saya dan adalah penting bagi wanita untuk mengetahui bahawa tulang yang 'hilang' tidak dapat dikembalikan.

"Saya juga menyarankan agar rakyat Malaysia menjadikan kesihatan tulang sebagai komitmen mereka sepanjang hayat seawal yang mungkin dengan meminum susu kalsium tinggi yang sesuai," katanya

Dalam pada itu Anlene telah mengadakan pelbagai aktiviti membabitkan orang ramai berkaitan kesihatan tulang termasuk roadshow ke seluruh negara.

ainun oh ainun..

Mata menawan serlah kecantikan


Serdev suture berkesan untuk merawat garisan halus pada mata.

--------------------------------------------------------------------------------



MEMILIKI sepasang mata yang menawan merupakan aset yang tidak ternilai harganya. Pepatah orang tua tua mengatakan dari mata turun ke hati. Bila mata bertentang mata hati di dalam bagai nak gila.

Sesungguhnya mata memainkan peranan penting bagi menjadikan seseorang tampak cantik dan menawan. Bagi jurusolek pula dia tidak akan lupa menghias mata pelanggannya bagi menyerlahkan lagi penampilan. Jika tidak, seseorang tidak akan tampak menawan.

Terdapat pelbagai vitamin di pasaran bagi mencantikkan mata. Vitamin mata membentuk sel sel mata yang lebih baik dan kuat. Begitu juga kanta lekap beraneka warna membantu meningkatkan seri mata pemakainya.

Pelbagai warna sapuan dihasilkan dan juga celak dicipta untuk mata. Semuanya bagi menyerlahkan warna mata. Seorang teman gemar menggunakan bulu mata palsu pelbagai corak dan membentuk keningnya bagi mencantikkan mata. Mata yang bercahaya pastinya mempersonakan siapa yang memandang.

Tak kurang juga wanita yang gemar menggunakan tatu pada mata mereka. Tatu dibuat bagi mencantikkan alis mata. Tatu moden kelihatan natural dan boleh dibuat dalam pelbagai warna pilihan.

Bagaimanakah struktur mata yang sebenar?

Mata kita terletak dalam soket mata. Soket mata adalah lubang pada tengkorak yang didindingi oleh tulang tipis dan berlubang-lubang kecil dipanggil cribriform. Ia juga dikelilingi sekeping lelemak yang di namakan tarsal plate. Tarsal plate ini mengelilingi mata kita. Lemak mata bergerak sekeliling mata melalui jaringan salurannya yang dinamakan saluran limfatik. Saluran limfatik mata akan bersambung pula dengan jalinan limfatik pada maxilla (pipi), telinga dan lain lain bahagian tubuh kita. Apabila saluran ini tersumbat maka banyak lemak akan terkumpul, lemak yang mengeras akan membuat mata kelihatan bengkak dan dan cengkung.

Kaedah rawatan

Rawatan yang sesuai adalah kaedah pembedahan membuang lelemak bawah mata. Terdapat teknologi baru menggunakan fiber optik yang boleh memecahkan lemak dengan mudah, berkesan dan selamat. Fiber optik yang saiznya kurang dari satu mm memancarkan tenaga sebanyak 300 joule dengan kuasa 5 hingga 6 watt sahaja menjadikan kulit bawah mata turut tegang. Ia memberi kesan mata yang cantik dan muda.

Ada kalanya saluran darah yang tersumbat mudah pecah di bawah mata menjadikan bahagian di situ lebam dan tampak gelap. Sel sel darah akan merangsang pula melanocyte menjadi aktif menyebabkan kawasan mata menjadi lebam.

Rawatan yang baik adalah dengan menggunakan enzim khas yang boleh memecahkan dan menghadamkan sel darah yang terkumpul,

Bagi sesetengah orang lapisan lemak pada tarsal plate pula mudah menipis dan akhirnya hilang menyebabkan bawah mata tampak cengkung dan berlekuk. Perkara ini biasanya boleh di atasi dengan filler.

Jika kelopak mata bermasalah, pembedahan dibuat bagi menganjalkannya dan kening boleh diangkat ke atas menggunakan kaedah serdev suture.

Crow feet merupakan garis halus atau kedutan yang terdapat pada mata. Selalunya ia melanda mereka yang berusia 35 tahun ke atas. Ia boleh dihapuskan dengan pelbagai cara contohnya pengelupasan bersiri, laser dan filler.

Masalah lain yang sering mengganggu kulit kelopak mata adalah ekzema iaitu alahan kulit. Ekzema berlaku disebabkan alahan terhadap makanan tertentu atau alat kosmetik yang digunakan. Pengidapnya akan berasa gatal panas dan perit. Akibat digosok berulang kali, mata turut kelihatan merah dan pedih. Rawatannya adalah dengan memberikan ubat anti alergi dan juga antibiotik yang sesuai.

Stye pula merupakan jangkitan kuman jenis streptococcus yang menyebabkan kelopak ditumbuhi kudis kecil. Rawatan yang baik adalah antibiotik disapukan pada mata dan antibiotik yang dimakan. Manakala kalazion pula sejenis kutil keras yang tertanam dalam kelopak mata. Kalazion dibuang melalui pembedahan.

Tahi lalat yang terlalu besar pada kelopak mata turut mengganggu penglihatan dan membuat kelopak mata menjadi berat. Adalah lebih baik untuk kita membuangnya.

Exophthalmos merupakan masalah apabila bola mata menjadi besar dan terjojol. Hal ini biasanya berlaku pada mereka yang mengidap hyperthyroidism.

Enophthalmos pula adalah bebola mata yang termasuk ke dalam menyebabkan mata tampak kecil dari biasa.

Seorang pesakit saya menjalani pembedahan membuang lemah di bawah mata. Selepas dipancarkan laser ke bawah mata dan menyedut keluar lemak, mata akan ditampal dengan plaster kecil yang kukuh.

Masalah eyebag sememangnya melanda ramai wanita. Apabila eyebag mengganggu, mata kelihatan bengkak dan membuatkan seseorang tampak lebih tua daripada usia sebenar.

Pesakit saya itu mengadu matanya bengkak terutama apabila tiba waktu pagi. Menurutnya apabila bangun tidur mata tampak sembap menyebabkan dia lebih suka memakai cermin mata hitam bagi menyembunyikannya. Masalah tersebut mendorong dia melakukan pembedahan.

Selepas membuang satu lapisan lemak pada sekitar matanya, dia tampak lebih muda. Matanya nampak luas dan galak. Keningnya juga terangkat sedikit menjadikan kontur mata tampak lebih bundar daripada biasa.

EGO lelaki memudaratkan kesihatan???? ish3....

Kesedaran lelaki masih rendah

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar WAHIDAH ZAINAL



BPH menjejaskan kehidupan kira-kira 50 peratus lelaki yang berusia 50 tahun ke atas.

--------------------------------------------------------------------------------



APABILA membincangkan tentang aspek kesihatan, wanita memang diakui mempunyai lebih 'kesedaran' berbanding lelaki. Ini kerana lelaki mungkin dihalang oleh 'keegoan' yang agak tinggi untuk membicarakan soal penyakit apatah lagi yang melibatkan kesihatan reproduktif.

Mengambil iktibar daripada senario itu, Persatuan Urologikal Malaysia (MUA) dan Yayasan Kontinens Malaysia (CFM) telah berganding usaha untuk mewujudkan kesedaran tentang kesihatan prostat yang menjejaskan kehidupan ramai golongan lelaki di negara ini.

Sebagai memenuhi langkah awal usaha tersebut, satu laman web pengguna, www.men5050.com dan talian bantuan bebas tol (1800-88-5050) beserta buku panduan pesakit mengenai kesihatan prostat telah diwujudkan.

Laman web dan buku panduan tersebut boleh diakses dalam Bahasa Inggeris dengan adaptasi Bahasa Melayu dan Cina bakal diterbitkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Kerjasama ini mendapat sokongan syarikat pembuat dan pembekal ubat terkemuka, GlaxoSmithKline (GSK).

Presiden MUA, Professor Dr. Azad Hassan Abdul Razack berkata, adalah diharapkan agar dengan adanya bantuan seperti laman web, talian bebas tol dan buku panduan tersebut meningkatkan lagi kesedaran dan pemahaman tentang kesihatan prostat.

Umur meningkat

Di samping itu, ia akan membantu orang ramai untuk mendapatkan rawatan segera apabila mengalami simptom berkenaan sekali gus memperbaiki kualiti hidup mereka.

"Apabila umur meningkat ke separuh abad, sepatutnya mereka boleh melalui hidup yang bebas daripada tanggungjawab kerja dan anak-anak," kata Azad Hassan

Malangnya, ramai daripada mereka mendapati diri dibelenggu masalah prostat seperti benign prostatic hyperplasia (BPH) yang menyebabkan masalah pembuangan air kencing yang amat menyusahkan.

"BPH adalah sejenis penyakit di mana kelenjar prostat membengkak dan menghalang saluran urin yang menyebabkan simptom seperti aliran air kencing yang lemah dan terhenti-henti atau tersekat semasa membuang air kecil atau rasa terdesak dan kerap membuang air kecil.

"Simptom-simptom ini memberi kesan yang ketara terhadap keyakinan, mobiliti dan kebebasan diri seseorang.

" Ini tidak termasuk bagaimana ia juga menjejaskan kehidupan individu lain yang terdekat dengan pesakit seperti isteri, anak-anak dan sebagainya," ujarnya.

Sementara itu, Presiden CFM, Dr. Peter Ng, berkata, berdasarkan penelitian kemungkinan lelaki yang berumur lebih daripada 50 tahun akan mengalami pembesaran prostat adalah sebanyak 50 peratus.

"Kemungkinan tersebut akan meningkat menjadi 90 peratus pada usia 80-85 tahun," katanya ketika memberi ceramah penerangan tentang penyakit tersebut di Tropicana City Mall, Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ceramah tersebut adalah salah satu aktiviti bersempena Karnival Utamakan Keluarga: Sehati Sejiwa Untuk Keluarga yang dianjurkan oleh Persatuan Kemajuan Wanita Selangor, baru-baru ini.

"Bayangkan kesukaran yang dihadapi jika anda terpaksa membuang air kecil hampir di setiap kawasan rehat di sepanjang lebuh raya atau mencari tandas dalam kompleks beli-belah yang penuh sesak.

"Malangnya bagi kebanyakan kaum lelaki ini adalah satu kenyataan yang perlu dihadapi, di mana tidur juga sering terganggu kerana kerap rasa hendak terkencing pada waktu malam," terang Ng.

Kajian menunjukkan, BPH menjejaskan kehidupan kira-kira 50 peratus lelaki yang berusia 50 tahun dan ia lebih lazim dengan meningkatnya usia.

Apabila umur sudah mencecah 85 tahun, ia akan menjejaskan kehidupan kira-kira 90 peratus daripada jumlah lelaki.

"Penyakit ini jelas sekali bersangkutan dengan usia, tetapi ini tidak bermakna kita perlu menerimanya sahaja tanpa sebarang ikhtiar kerana terdapat cara untuk mengubatinya.

Pilihan rawatan

"BPH ialah sejenis penyakit yang boleh dan patut dirawat supaya simptomnya boleh dikurangkan kesannya dan tidak perlu menjadi tumpuan utama dalam kehidupan kaum lelaki," ujarnya.

Mereka yang merana akibat BPH mempunyai banyak pilihan rawatan untuk membantu melegakan simptom-simptom, mengelakkan komplikasi dan mengurangkan keperluan untuk pembedahan.

Jika penyakit dikesan pada peringkat awal, pembedahan adalah cara rawatan yang biasa.

Begitupun terdapat juga kaedah terapi perubatan yang terbukti berkesan seperti penghalang alfa dan penghalang 5 alpha reductase.

"Ini adalah matlamat utama dalam rawatan iaitu untuk mengelakkan komplikasi dan memperbaiki kualiti hidup," katanya.

Walaupun tidak ada cara untuk meramalkan siapa yang akan mengalami risiko lebih tinggi dalam pembentukan komplikasi, data sedia ada menunjukkan bahawa satu pertiga daripada mereka yang merana akibat BPH akan mengalami simptom yang lebih buruk.

Oleh itu, salah satu cabaran besar dalam menangani beban BPH ialah perlunya kaum lelaki mendapatkan diagnosis dan rawatan awal sebelum berlakunya sebarang komplikasi.

Friday, April 2, 2010

Mental Retardation


Mental retardation/intellectual disability is significantly subaverage intellectual functioning present from birth or early infancy, causing limitations in the ability to conduct normal activities of daily living.


Levels of Mental Retardation/Intellectual Disability

Level

Intelligence Quotient (IQ) Range

Ability at Preschool Age (Birth to 6 Years)

Ability at School Age (6 to 20 Years)

Ability at Adult Age (21 Years and Older)

Mild 52-69 Can develop social and communication skills; motor coordination is slightly impaired; often not diagnosed until later age Can learn up to about the 6th-grade level by late teens; can be expected to learn appropriate social skills Can usually achieve enough social and vocational skills for self-support; may need guidance and assistance during times of unusual social or economic stress
Moderate 36-51 Can talk or learn to communicate; social awareness is poor; motor coordination is fair; can profit from training in self-help Can learn some social and occupational skills; can progress to elementary school level in schoolwork; may learn to travel alone in familiar places May achieve self-support by performing unskilled or semiskilled work under sheltered conditions; needs supervision and guidance when under mild social or economic stress
Severe 20-35 Can say a few words; able to learn some self-help skills; has limited speech skills; motor coordination is poor Can talk or learn to communicate; can learn simple health habits; benefits from habit training May contribute partially to self-care under complete supervision; can develop some useful self-protection skills in controlled environment
Profound 19 or below Extreme cognitive limitation; little motor coordination; may need nurse






Some motor coordination; limited communication skills
May achieve very limited self-care; usually needs nursing





Thursday, April 1, 2010

Down Syndrome

They may have medical problems, too, such as heart defects. Kids with Down syndrome usually have trouble learning and are slower to learn how to talk and take care of themselves. But despite their challenges, kids with Down syndrome can go to regular schools, make friends, enjoy life, and get jobs when they're older. Getting special help early — often when they are just babies and toddlers — can be the key to healthier, happier, more independent lives.